Testimonial
Kursus Tanaman Sayuran
Hafifi Aishah Bt Hamiza
Temerloh, Pahang
"Minat dalam bidang pertanian disamping ingin meningkatkan kemahiran telah mendorong saya menceburi bidang ini. Walaupun bekerja di bawah panas terik matahari, semuanya hilang setelah melihat tanaman yang diusahakan mula membesar dan mengeluarkan hasil. Institut ini menjadi pilihan saya kerana suasana persekitarannya amat sesuai untuk 'nature pertanian'."
Noratikah Bt Abdul Rahman
Temerloh, Pahang
"Saya telah merancang untuk mengusahakan tanah arwah ayah yang seluas 6 ekar. Saya tidak merasa risau menceburi bidang ini kerana ia menjanjikan masa depan yang cerah kerana walau apapun terjadi, setiap orang pasti memerlukan makanan untuk meneruskan hidup. Institut Skill-Tech meningkatkan kemahiran dalam kursus yang dipilih kerana tumpuan lebih kepada praktikal."
Zaridiana Adillah Bt Ab. Ghani
Segamat, Johor
"Pada permulaan, saya mendaftar masuk ke sini adalah disebabkan mengikut kawan yang telah terlebih dahulu menjejakkan kaki ke institut ini. Disamping itu, saya yakin dengan kursus yang dipilih boleh menjamin masa depan yang cerah kerana saya berpendapat macam mana susah pun hidup kita, kita pasti memerlukan makanan. Jika kita mengusahakan sendiri tanaman, hasilnya boleh kita makan sendiri disamping menjualnya. Bercakap mengenai Skill-Tech pula, menjalani kehidupan di sini tidaklah membosankan kerana ada sahaja aktiviti yang dijalankan di sini selain daripada proses pembelajaran.
Kursus Akuakultur
Norsuhada Bt Husaini
Felda Triang 3, Pahang
"Saya menjejakkan kaki ke institut ini adalah mengikut kawan di samping minat saya yang mendalam untuk menceburi sesuatu bidang yang jarang diceburi oleh orang lain. Pada permulaan, saya merasa kurang selesa di sini tetapi setelah bercampur dengan kawan-kawan dan bertukar-tukar pendapat, semua itu mula hilang. Bagi saya apa yang paling penting adalah kesungguhan serta minat seseorang untuk menceburi bidang ini."
Mohamad Firdaus Bin Mohd Razi
Tanjung Malim, Perak
"Apabila mula menjejakkan kaki di Skill-Tech, saya datang dalam keadaan kosong. Maksudnya saya langsung tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang Akuakultur ini. Lama-kelamaan, saya semakin serasi dengan keadaan di sini kerana saya pun sememangnya minat dengan bidang yang saya pilih ini. Skill-Tech menjadi pilihan saya kerana kos pengajian di sini adalah percuma. Saya pula berasal dari keluarga yang susah. Saya cuma perlu membayar sedikit sahaja untuk pendaftaran. Selain daripada itu, tiada kos-kos tambahan yang perlu dikeluarkan oleh pelatih untuk nota dan buku-buku kerana segala-galanya disediakan oleh tenaga pengajar yang berwibawa."
Muhammad Fakis Bin Ahmad
Felda Lepar Hilir 1, Pahang
"Saya masuk ke bidang pertanian ini adalah kerana megikut jejak langkah ayah yang sememangnya mengusahakan tanaman sayuran dan ternakan ikan di kampung. Tapi saya lihat tanpa ilmu dan kemahiran yang lengkap, segala usaha yang dijalankan memberi hasil yang kurang memberangsangkan. Dengan memasuki Skill-Tech, saya telah dapat menambah ilmu untuk membantu ayah saya nanti. Saya juga amat berpuas hati dengan cara pengajaran yang diberikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Secara keseluruhannya saya gembira berada di sini."
Kursus Landskap
Ammyrul Muqminin Bin Ab. Razak
Temerloh,Pahang
"Saya memang meminati bidang lanskap semenjak di sekolah menengah lagi. Saya nampak banyak peluang untuk berjaya jika menceburi bidang ini. Saya juga berasal daripada keluarga yang susah, maka bila diberi peluang untuk memasuki Skill-Tech, ini adalah satu kesempatan yang tak mungkin saya lepaskan. Yuran pengajian di sini adalah ditanggung sepenuhnya. Di samping itu juga, segala ilmu yang diberi oleh tenaga pengajar di sini, senang difahami kerana pelatih yang diperuntukkan untuk setiap kursus tidak terlalu ramai. Maka tenaga pengajar mudah memberi penerangan kepada setiap pelatih sehingga kami faham."