Kursus Tajaan

Tanaman Sayuran

 

Image description

    Pengenalan Kepada Kursus

  1. Pelatih-pelatih akan mempelajari teknik asas tanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan tanaman hiasan.
  2. Latihan merangkumi aktiviti pembersihan kawasan, penyediaan tapak Tanaman, melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan tanaman serta melakukan kerja tuai / pasca tuai dan membuat baja kompos dengan mengunakan amalan-amalan pertanian yang baik (Good Agriculture Practices - GAP).
  3. Pelatih di beri penekanan untuk menjadi usahawan tani yang mampu menjalankan perniagaan berasaskan pertanian secara komersial.

 

Tahap 1 - Pekerja Ladang Pertanian

 

 

Khususnya beliau perlu:

  • Sediakan tapak tanaman dengan melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan, menggali lubang tanaman, menyediakan batas, memasang pagar serta struktur kawal persekitaran dengan menggunakan alat-alat pertaniaan mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Bina tapak semaian dengan meratakan tanah ladang, menggemburkan tanah serta mengisi media tanaman dengan menggunakan alat, bekas ang disediakan, mengikut jadual / proses kerja.
  • Lakukan kerja-kerja penyelenggaraan dengan melakukan kerja-kerja semaian pokok penanti, menggubah anak pokok, menyiram serta membersihkan kawasan semaian mengikut jadual.
  • Lakukan kerja-kerja penanaman di ladang dengan memasang junjung menanam anak pokok, menyiram, menyulam pokok yang mati, memasang perangkap, membersihkan kawasan tanaman, membaja tanaman, menbungkus buah serta melakukan kerja-kerja cantasan.
  • Laksanakan kerja-kerja penyelenggaraan alat-alat pertanian seperti mesin, membaiki struktur lindungan dan membersihkan kawasan premis.
  • Jalankan kerja-kerja menuai dan pasca tuai termasuk menuai, memunggah, membungkus hasil ladang, memasang label jenama serta menyusun bekas-bekas hasil dengan menggunakan peralatan pertanian dan jadual yang disediakan.

Tahap 2 - Juruteknik Pertanian Rendah (Sayur-sayuran)

 

Khususnya beliau perlu:

  • Menyediakan tapak tanaman dengan melakukan kerja-kerja pembersihan tapak, membajak tanah, mengembur tanah dan membuat batas.
  • Menyelenggara prasarana dan infrastruktur dengan memasang pagar kawasan, memasang struktur naungan semaian, memeriksa infrastruktur sentiasa berfungsi serta menyelenggara rumah kalis serangga dan rumah naungan hujan.
  • Memasang serta menyelenggara sistem pengairan dan saliran dengan melaksana kerja-kerja pengairan dan memasang komponen pengairan.
  • Menyediakan media dan anak benih dengan mengenalpasti media semaian, menyemai biji benih, memantau tumbesaran semaian dan mengubah anak semaian ke ladang.
  • Menyelenggara peralatan dan mesin pertanian seperti implement pertanian, janakuasa kecil dan jentera kecil pertanian.
  • Mengawas dan memasang sistem sokongan pertanian.
  • Mengawasi pertumbuhan tanaman dengan memantau tumbesaran pokok, mengawasi kerja membaja dan menyembur hormon tanaman.
  • Mengawasi penyelenggaraan tanaman dengan membuat penjarangan tanaman, mengawasi kerja pemangkasan dan membuat kerja pembalutan buah.
  • Mengawasi makhluk perosak tanaman dengan melakukan kerja meracun dan mengawal makhluk perosak tanaman.

 

Daftar Sekarang!

Dengan RM450, anda boleh mengubah masa depan anda. Berpeluang menjadi usahawan tani berjaya. Ikuti bidang kemahiran pertanian dengan mendapat biasiswa penuh kerajaan.