Kursus Tajaan

Tanaman Buah-Buahan

 

Image description

    Pengenalan Kepada Kursus

  1. Pelatih-pelatih akan mempelajari teknik asas tanaman sayur, buah dan tanaman hiasan.
  2. Latihan merangkumi aktiviti pembersihan kawasan tanaman, penyediaan tapak tanaman, melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan serta melakukan kerja tuai / pasca tuai dan membuat baja kompos dengan menggunakan amalan-amalan pertanian yang baik (Good Agriculture Practices - GAP).
  3. Pelatih diajar membuat sistem sokongan pertanian (junjungan dsb) dan pembiakan tanaman. Aktiviti pembungkusan hasil tanaman seperti menggred dan membalut buah serta membuat rawatan juga dipelajari.
  4. Pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran dipelajari secara mendalam sepanjang kursus ini. Pelatih di beri penekanan untuk menjadi usahawan tani yang mampu menjalankan perniagaan berasaskan pertanian secara komersial.

 

Tahap 1 - Pekerja Ladang Pertanian

 

 

Khususnya beliau perlu:

  • Sediakan tapak tanaman dengan melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan, menggali lubang tanaman, menyediakan batas, memasang pagar serta struktur kawal persekitaran dengan menggunakan alat-alat pertaniaan mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Bina tapak semaian dengan meratakan tanah ladang, menggemburkan tanah serta mengisi media tanaman dengan menggunakan alat, bekas ang disediakan, mengikut jadual / proses kerja.
  • Lakukan kerja-kerja penyelenggaraan dengan melakukan kerja-kerja semaian pokok penanti, menggubah anak pokok, menyiram serta membersihkan kawasan semaian mengikut jadual.
  • Lakukan kerja-kerja penanaman di ladang dengan memasang junjung menanam anak pokok, menyiram, menyulam pokok yang mati, memasang perangkap, membersihkan kawasan tanaman, membaja tanaman, menbungkus buah serta melakukan kerja-kerja cantasan.
  • Laksanakan kerja-kerja penyelenggaraan alat-alat pertanian seperti mesin, membaiki struktur lindungan dan membersihkan kawasan premis.
  • Jalankan kerja-kerja menuai dan pasca tuai termasuk menuai, memunggah, membungkus hasil ladang, memasang label jenama serta menyusun bekas-bekas hasil dengan menggunakan peralatan pertanian dan jadual yang disediakan.

Tahap 2 - Juruteknik Pertanian Rendah (Buah-buahan)

 

Khususnya beliau perlu:

  • Menyediakan media dan anak semaian dengan melakukan proses pengerangan, menyediakan bekas percambahan, mengawas kerja mengali lubang, membuat semaian dan mengubah semaian ke ladang.
  • Penyelenggaraan alat dan mesin pertanian dengan menyelenggara jentera kecil, implement dan rutin pertanian.
  • Membuat sistem sokongan pertanian dengan memasang junjung atau penyokong tanaman.
  • Membuat pembiakan secara aseks dengan menyembur hormon penggalak bunga, membuat cantuman baji, cantuman mata tunas dan tut.
  • Menjalankan aktiviti penjarangan dengan membuat penjarangan anak pokok atau anak semaian serta melakukan penjarangan bunga dan buah.
  • Melakukan penyelenggaraan tumbesaran pokok dengan membuang tunas air, membuat kerja pemangkasan, membuat pembungkusan hasil tanaman, melentur dahan pokok dan membaja.
  • Melakukan aktiviti pengawasan dan pengendalian aktiviti lepas tuai hasil tanaman dengan menggred buah, membalut buah, menuai hasil lading serta membuat rawatan "thermotropic".

 

Daftar Sekarang!

Dengan RM450, anda boleh mengubah masa depan anda. Berpeluang menjadi usahawan tani berjaya. Ikuti bidang kemahiran pertanian dengan mendapat biasiswa penuh kerajaan.