Kursus Tajaan

Ruminan

 

Image description

    Pengenalan Kepada Kursus

  1. Pelatih diberi pendedahan tentang penternakan ruminan khususnya lembu dan kambing samada bagi tujuan pedaging atau tenusu.
  2. Penternakan ruminan secara intensif, semi-intensif dan fidlot  di beri penekaan memandangkan cara demikian lebih sesuai di Malaysia dan lebih berdaya maju.
  3. Mereka di ajar secara menyeluruh cara menjaga ternakan dari segi pengembalaan, pemakanan, kesihatan, pembesaran dan pembiakan secara semula jadi atau cara permanian beradas.
  4. Pelatih juga akan mempelajari cara memproses sisa ternakan seperti memproses najis, penyeliaan ladang rumput untuk makanan ternakan, cara penyembelihan, pemerahan susu dll.
  5. Penekanan diberi kearah bidang keusahawanan dengan pendedahan tambahan kepada pemasaran produk hasil ternakan dan produk sampingan.

 

Tahap 1 - Pekerja Ladang Ruminan

 

Khususnya beliau perlu:

  • Menjaga ternakan dengan melakukan kerja-kerja menggembala ternakan dengan mengasingkan ternakan mengikut kumpulan, membersihkan ternakan, mengekang ternakan untuk berbagai tujuan, mengasuh (nursing) anak ternakan, membantu memotong tanduk ruminan dan menjaga kesihatan kuku ternakan serta melupus bangkai ternakan.
  • Menjaga kandang ternakan, membersih dan menyelenggara kandang ternakan serta mengawal makhluk perosak di ladang ternakan.
  • Mengawal makanan ternakan dengan memberi makanan dan minuman kepada ternakan, memberi makan bahan serat kepada ternakan, menyelenggara stor makanan ternakan.
  • Mengendali peralatan ternakan, membersihkan peralatan tenusu melalui kaedah perahan mesin dan perahan tangan serta menyelenggara stor peralatan tenusu.
  • Melaksana program kesihatan ternakan dengan membantu kerja-kerja rawatan dan pencegahan penyakit ternakan, membantu menyediakan peralatan program kesihatan dan menyediakan ternakan untuk program kesihatan.
  • Menjalankan program pembiakan ternakan dengan melakukan aktiviti mengesan ternakan biang dan menyediakan ternakan untuk program pembiakan di dalam kandang.
  • Mengurus kawasan tanaman makanan ruminan, menyedia kawasan tanaman makanan ternakan dengan menanam tanaman makanan ternakan dan memagar kawasan ternakan serta memotong (harvest) tanaman untuk makanan ternakan.
  • Memproses sisa ladang seperti memproses najis ternakan dan membungkus baja organan seterusnya menjual atau menyimpan baja setelah dibungkus.
  • Mengendali pengeluaran susu dengan menyediakan ruminan dan peralatan untuk kerja memerah susu melalui kaedah memerah susu ruminan menggunakan tangan atau mesin perah mudah alih atau mesin.

Tahap 2 - Pembantu Ladang Ruminan

Khususnya beliau perlu:

  • Menjaga ternakan dengan menggredkan ternakan, menjalankan kerja pemindahan ternakan serta memberi pengenalan kepada ternakan.
  • Menjaga kandang ternakan dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan dan susun atur kandang ternakan serta menyediakan air untuk ternakan di dalam kandang.
  • Mengendali peralatan ternakan dengan menggunakan cara-cara dan teknik-teknik yang betul, memeriksa peralatan ternakan supaya sentiasa berada di dalam keadaan yang baik serta menyelia penyelenggaraan peralatan ternakan serta kelengkapan ternakan.
  • Menjalankan program pembiakan ternakan dengan menyediakan peralatan untuk permanian beradas, melakukan proses permanian beradas pada ternakan dan seterusnya memeriksa kebuntingan ternakan.
  • Mengurus kawasan tanaman makanan ruminan dengan melakukan pemeriksaan kawasan ragutan dan tanaman makanan serta menyelia kerja-kerja pemagaran kawasan ternakan serta kawasan tanaman makanan ternakan.
  • Menjalankan kerja pengurusan am dengan mengemaskini data aktiviti harian ternakan dengan menggunakan kaedah pemfailan.
  • Mengendalikan pengeluaran susu ternakan dan membuat ujian platform untuk memastikan kualiti yang baik daripada susu ternakan.
  • Memasarkan hasil ternakan ruminan serta memproses hasil ternakan ruminan untuk dijadikan produk yang berkualiti dan komersial.

 

Daftar Sekarang!

Dengan RM450, anda boleh mengubah masa depan anda. Berpeluang menjadi usahawan tani berjaya. Ikuti bidang kemahiran pertanian dengan mendapat biasiswa penuh kerajaan.