Mengenai Kami
Institut Skill-Tech
(Kod JPK L02022)
INSTITUT SKILL-TECH mempelopori usaha menyediakan latihan berasas pertanian bagi golongan pelajar dan orang awam. Kampus induk yang terletak di Durian Tunggal, Melaka menyediakan berbagai kursus untuk pilihan para pelajar.
Institut menyediakan kemudahan yang serba lengkap dan tenaga pengajar yang mahir serta mempunyai komitmen yang tinggi bagi membentuk bakal graduan yang berketrampilan dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
Teknik-teknik pembelajaran dan latihan yang sesuai, dinamik dan "regimented" terbukti menghasilkan graduan-graduan yang berdisplin, berdaya tahan dan berwawasan.
Kursus-kursus yang ditawarkan berteras "Competency Based Training" dengan memberi penekanan kepada kemahiran secara 'Hands-On'. Pelajar akan terdedah kepada corak latihan secara amali dan praktikal.
Latarbelakang
Institut Skill-Tech adalah sebuah institusi latihan kemahiran swasta yang mempunyai pengalaman luas sejak 1996. Bermula dengan kursus kemahiran seperti multimedia, sistem maklumat, membaiki komputer, automotif, motorsikal, pembaiki pemghawa dingin, elektikal dan elektronik.
Sejak 2008, Skill-Tech menumpukan latihan dalam bidang pertanian.
Sekarang Skill-Tech mempunyai kampus utama di Durian Tunggal, Melaka dan juga cawangan di Keningau, Sabah serta beberapa lokasi satelit diseluruh negara.
Kami mempunyai pengiktirafan pensijilan yang setanding dengan institusi latihan awam seperti ILP dan IKBN. Kursus yang dijalankan adalah berteraskan latihan sepenuh masa, separuh masa atau bekerja sambil belajar (on-job-training). Sejak ditubuhkan, Skill-Tech telah melahirkan ribuan graduan dalam pelbagai bidang kemahiran yang menjadikan mereka sebagai penggerak utama tenaga kerja negara terlatih.
Objektif
-
Menyediakan peluang latihan kepada semua lapisan masyarakat untuk memajukan diri dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional.
-
Mengembangkan peluang, bakat dan minat individu ke tahap maksimum dalam sesuatu bidang berkaitan.
-
Memantapkan kualiti sumber manusia untuk memenuhi keperluan sumber manusia semasa dan masa hadapan.
-
Melahirkan graduan yang berketrampilan dari aspek teknikal dan keupayaan kemahiran lain yang diiktiraf hingga ke peringkat global.
-
Memupuk minat generasi muda terhadap potensi bidang pertanian.
-
Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang pertanian dan industri asas tani.
-
Membantu peserta meningkatkan potensi untuk berdikari secara ekonomi setelah memperoleh kemahiran, iaitu sama ada dengan mendapatkan pekerjaan ataupun memulakan usaha niaga sendiri.
-
Membuka minda para peserta ke arah peningkatan keyakinan diri serta memberikan motivasi supaya mereka terdorong untuk memajukan diri masing-masing.