Kursus Tajaan

Homestay (Inap Desa)

 

Image description

    Pengenalan Kepada Kursus

  1. Pelatih didedahkan tentang cara-cara pengurusan “homestay” serta pengisiannya.
  2. Pelatih diajar cara menyediakan bilik penginapan mengikut piawaian yang ditetapkan beserta dengan pengisian percutian untuk pengunjung.
  3. Mereka diajar cara berinteraksi dengan pengunjung, mengurus bilik (housekeeping), penyediaan menu dan makanan serta mengadakan aktiviti rekreasi bagi mendedahkan pengunjung kepada keaslian dan keunikan budaya tempatan.
  4. Keselesaan tempat tinggal melalui kaedah lanskap yang menarik, hiasan dalaman yang melambangkan ciri-ciri tempatan beserta dengan tahap kebersihan yang tinggi akan di beri penekanan kepada pelatih.
  5. Pelatih juga akan diberi pendedahan cara untuk mempromosikan bilik-bilik “homestay” bagi mendapatkan pelanggan.

 

Tahap 2 - Operator Homestay

 

Khususnya beliau perlu:

  • Melakukan kerja-kerja landskap seperti mengubah suai tanaman perhiasan dan membuat alatan hiasan.
  • Melakukan kerja-kerja pembersihan dan hiasan rumah dengan membuat set bilik homestay, menyelenggara perabot rumah, mengawal serangga perosak dan mengawal atur peralatan rumah.
  • Melakukan aktiviti memasak dan menyediakan makanan seperti menyediakan menu, makanan harian, susun atur dan peralatan makanan.
  • Merancang aktiviti homestay seperti aktiviti rekreasi dan kebudayaan.
  • Melakukan aktiviti perkhidmatan seperti menyediakan borang pendaftaran, berjumpa dan melayan pelanggan, menyusun atur kedudukan perhiasan rumah serta pendedahan budaya Malaysia.
  • Melakukan kerja pentadbiran seperti mempromosi dan menyelenggara peralatan homestay.

 

Daftar Sekarang!

Dengan RM450, anda boleh mengubah masa depan anda. Berpeluang menjadi usahawan tani berjaya. Ikuti bidang kemahiran pertanian dengan mendapat biasiswa penuh kerajaan.