FAQ
FAQ
+ Adakah kursus yang ditawarkan mendapat pengiktirafan?
Kursus Sijil Kemahiran Malaysia yang ditawarkan oleh pihak Institut Skill Tech mendapat pengiktirafan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
+ Setelah menamatkan pengajian di Skill Tech, apakah peluang yang boleh diceburi oleh saya?
Jawapan: Anda akan mendapat tiga peluang setelah menamatkan pengajian iaitu:
1) Menjadi Usahawan – Dengan mendaftar ke program UTRA.
2) Sambung Belajar – Boleh sambung belajar ke Kolej Pertanian Malaysia atau setaraf dengannya bagi yang layak.
3) Bekerja terutamanya di bidang pertanian.
+ Bagaimana dengan proses pembelajaran di Institut Skill Tech?
Kami menekankan 30% teori dan 70% praktikal dalam konteks pembelajaran.
+ Berapakah yuran pengajian yang perlu saya bayar?
Bagi yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, maka yuran pengajian sepenuhnya ditanggung oleh Kerajaan dibawah Biasiswa Skim Kluster Latihan Kemahiran Sumber Manusia. Walaubagaimanpun yuran pendaftaran sebanyak RM450.00 perlu dibayar sekali sahaja semasa pendaftaran.
+ Berapa lama saya kena belajar untuk mendapat Sijil Kemahiran ini?
Pengajian anda ialah selama setahun.
+ Adakah pihak Institut Skill Tech menyediakan asrama serta makan minum?
Kami menyediakan asrama dan makan minum semasa di institut. Jika pelatih mendapat kemudahan ini maka wang sara diri sebanyak RM300 sebulan akan ditolak untuk menanggung kos-kos ini. Jika pelatih menjalani latihan praktikal wang saradiri ini akan dibayar terus ke akaun pelatih.