Biasiswa Kerajaan
Kerajaan Malaysia melalui MARA menaja latihan ini bagi yang layak
Pembiayaan peringkat SIJIL adalah untuk SETAHUN sahaja merangkumi:
- Yuran latihan.
- Yuran Sara Diri (makan / minum dan penginapan) sebanyak RM300 sebulan.
TIADA ELAUN KHAS DIBERI
Pembiayaan ini terhad dan bergantung kepada peruntukan kerajaan.
PERINGATAN: Pelatih yang berjaya mengikuti latihan ini TETAPI tidak tamat / meninggalkan latihan maka WAJIB MEMBAYAR BALIK BIASISWA ini mengikut perjanjian yang ditandatangani dengan MARA.
Agensi Pelaksana
Agensi pelaksana yang terlibat ialah:-
Pembiayaan: MARA
Koordinator: INSKEN
Pemantauan Kursus: JPK
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera.
- Berumur 16 - 35 tahun.
- Kelayakan minima boleh membaca, menulis dan mengira dengan baik. (Bagi kursus Bio-Teknologi, perlu ada SPM).
- Sihat tubuh badan.
- Minat dalam bidang yang dipohon.
- Tidak mempunyai rekod jenayah.