Alumni Skill-Tech
Pendaftaran Alumni
Baru-baru ini Institut Skill-Tech (IST) telah menubuhkan Alumni Skill-Tech.
Fungsi utama penubuhan alumni ini adalah untuk meningkatkan hubungan dan jaringan dengan semua graduan IST. Seiring dengan matlamat IST untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang pertanian dan industri asas tani selain dapat menghasilkan graduan berkualiti, berdaya saing dan berkebolehan.
Dengan tertubuhnya Alumni ini maka IST telah mewujudkan satu Unit Alumni di IST pada Jun 2011 dan berada di bawah kelolaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Unit ini dikawal selia oleh Puan Che Sharimah Che Hussain, Pengarah Institut Skill-Tech. Beliau dibantu oleh Puan Nor Assyikin Samsudin dan Cik Nurmasriyah Hamzah.
Unit Alumni memfokuskan matlamat berikut:
- Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Alumni IST yang merangkumi proses mengemaskini pangkalan data alumni, kajian menjejaki alumni, merancang dan mengendalikan aktiviti dan bertindak sebagai urusetia alumni.
- Bertindak sebagai badan perhubungan institut untuk menyalurkan maklumat berkaitan peluang pekerjaan, keusahawanan dan menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi.
- Memantapkan pakatan bersepadu antara Alumni dan Institut dalam melahirkan pelajar dan bakal graduat yang cemerlang dan berketrampilan.
Antara aktivit-aktiviti yang dirancang adalah seperti :-
- Malam Pra-Graduan
- Bengkel Pemantapan ‘Interpersonal Skill’
- Hari Keluarga Alumni
- Reunion Alumni
Ahli-ahli alumni digalakkan memberi cadangan.
Borang pendaftaran alumni boleh dimuat turun di bawah. Sila pos ke Institut Skill-Tech.
Borang Pendaftaran Alumni
| Kaji selidik (Tracer Study) disertakan bersama borang pendaftaran alumni dan untuk diisi oleh semua graduan Skill-Tech. |
Panduan Menulis Resume
Menulis resume bukanlah sesuatu yang mudah dan bukanlah sesukar yang dijangka, di dalam strategi panduan menulis resume, bakat bukanlah syarat yang diperlukan untuk menghasilkan keputusan resume yang memberangsangkan kerana anda boleh berpandukan contoh resume yang sedia ada.
Menulis resume mestilah mendapat perhatian dan menepati citarasa majikan. Kadangkala, melalui resume ia boleh meningkatkan peluang permohonan kerja untuk diterima. Salah satu punca resume yang dirasakan memenuhi kriteria pemilihan ialah berdasarkan komponen-komponen ini iaitu :
- Nama Penuh (Seperti Dalam No.Kad Pengenalan)
- Gambar Terbaru Saiz Passport
- Butir-Butir Peribadi (Tempat & Tarikh Lahir , Taraf Perkahwinan)
- Alamat Surat Menyurat
- Alamat Tetap (Jika Lain Dari Alamat Surat Menyurat)
- Objektif Pekerjaan (Sekiranya Sudah Mesti Dan Mesti Sesuai Dengan Jawatan Yang Dipohon)
- Latar Belakang Pendidikan (Tinggalkan Pendidikan Rendah, Kelayakan Tertinggi Lebih Diutamakan)
- Pengalaman Kerja (Termasuk Kerja Sementara Dan Latihan Praktikal / Pengalaman Mesti Berkaitan Dengan Jawatan Yang Dipohon.
- Aktiviti Kokurikulum Dan Persatuan
- Penglibatan Masyarakat Dan Komuniti
- Taraf Serta Kemahiran Bahasa
- Lesen Memandu (Taraf/Gred)
- Tahap Pengetahuan Komputer
- Minat Dan Kegemaran (Mendaki/ Menari/Melukis Dll)
- Rujukan 2 Orang Yang Kenal Anda (Bukan Saudara Mara)
Contoh Resume
Etika Ketika Temuduga
- Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
- Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.
- Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
- Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
- Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.
- Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
- Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
- Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
- Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
- Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
- Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
- Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
Panduan Menulis Resume
1. Mematuhi Etika Pakaian Yang Ditetapkan
Etika Pakaian Lelaki
- Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja (tuck-in);
- Memakai kasut dan berstokin;
- Baju T dan seluar jeans TIDAK DIBENARKAN;
- Sandal/selipar TIDAK DIBENARKAN;
Rambut Lelaki
- Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju;
- Fesyen rambut tidak keterlaluan;
- Rambut tidak boleh diwarnakan.
Etika Pakaian Perempuan
- Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata;
- Baju mesti berlengan panjang atau paras siku dan tidak ketat serta tidak menunjukkan bentuk tubuh badan;
- Solekan, aksesori dan pewangi secara sederhana;
- Sandal/selipar TIDAK DIBENARKAN;
- Baju T dan seluar jeans TIDAK DIBENARKAN.
Rambut Perempuan
- Rambut tidak boleh diwarnakan;
- Fesyen rambut tidak keterlaluan.
2. Membawa Kad Pengenalan /MyKad
Calon diminta membawa kad pengenalan/ MyKad ATAU dokumen pengenalan diri lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
3. Dokumen Asal
Anda dikehendaki membawa bersama dokumen asal seperti berikut :-
- Kad Pengenalan/MyKad Calon;
- Sijil STPM/Setaraf (Jika Berkaitan);
- Sijil SPM/Setaraf;
- Sijil Kelahiran Calon;
- Transkrip penuh akademik;
- Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan;
- Diploma/Sijil (Jika Ada); dan
- Akuan majikan (Jika Berkaitan)